Sunday, June 28, 2009
Sunday, April 19, 2009
Hari Guru 2009
Tema:GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
Lirik Lagu Hari Guru 2009
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia
Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi
Friday, April 10, 2009
Singgah Sebentar Di PKG Machang
Lebih kurang jam 2.45 petang Rabu 8.4.2009 rombongan BTPN Selangor yang mengadakan lawatan penanda aras ke Trengganu dan Kelantan singgah sekejap di PKG Machang.Terima kasih kepada PTP1dan PTP2 serta staf PKG Machang.Layanan dan sambutan terhadap kami amatlah dihargai.Sungguh jelas dan nyata sekali hubungan baik dan semagat ukhwah antara rangkaian tidak boleh dinafikan lagi.Semoga ianya terus berkekalan sepanjang hayat.Saya mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada Sdr.Nik Roshamidi dan Pn Nurul Huda dan staf
Menteri Baru
Lagi senarai-anggota-kabinet-baru-2009
Thursday, April 9, 2009
Pejabat Baru
Wednesday, April 1, 2009
Selamat Datang kepada Pasukan Kualiti BTPN Pahang
Selamat Datang kepada Pasukan Kualiti BTPN Pahang ke Negeri Selangor. Kami warga PKG Daerah Gombak,BTPN Selangor mengalu-alukan kedatangan warga BTPN Pahang yang mengadakan Bengkel Pasukan Kualiti di BTPN Selangor mulai 30 Mac 2009 hingga 1 April 2009 .Terima kasih kerana sudi mengadakan lawatan kerja ke PKG Rawang.Semoga hubungan kita terus terjalin untuk selamanya.
lawatan-btpn-lawatan-btpn-pahang-33
Wednesday, March 25, 2009
Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS)
Sekolah Setempat
(up:Guru ICT/Penyelaras Bestari)
Tuan/Puan,
Pengemaskinian Data Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS)
Sukacita saya merujuk perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Bahagian Teknologi Pendidikan,Kementerian Pelajaran Malaysia akan membentangkan data dan maklumat berkaitan penggunaan inisiatif ICT dalam Mesyuarat Profesional KPM pada 1 April 2009.
3. Sehubungan itu diharapkan pihak tuan/puan dapat memastikan data dalam SPPICTS sekolah tuan/puan dikemaskini dengan segera.Taklimat dan kaedah pelaksanaannya telah dijalankan dan dihadiri oleh guru ICT pada.12 Mac 2009 bertempat di Pusat Kegiatan Guru Hulu Kelang. Alamat server yang boleh dicapai adalah:
a. http://ssqs.moe.edu.my/ssqs/ b. http://pnp.moe.edu.my/ssqs/
Kerjasama tuan/puan dalam hal ini amat dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
KEJUJURAN DAN KETEKUNAN
Saya yang menurut perintah,
SAKRI BIN SAID
Pegawai Teknologi Pendidikan
Pusat Kegiatan Guru Rawang
Lihat Status Sekolah Tuan/Puan Sehingga 30.3.2009 >>>sppicts1
Monday, February 23, 2009
Kursus Pemantapan Rakan Pembaca
Kursus ini juga diharap akan dapat memantapkan pengetahuan PTP dalam memberi khidmat bantu kepada semua sekolah seluruh negeri.
Wednesday, August 6, 2008
Peng hakimam PSS Cemerlang
Turut serta pada hari ini Puan Nik Asma Bt Nik Ahmad,Penolong Pengarah,BTPN Selangor,En Mohd Ali Bin Mat Sarif,PTP PKG Kuang,Pn Nurul Huda Yusuf,PTP PKG Gombak.Hadir sama ialah En Saufi YDP PIBG SEMEKAR dan AJK PSS.
Sesungguhnya komitmen dan kerjasama yang telah ditunjukkan oleh semua pihak amatlah dihargai.Sekalung Tahniah dan Syabas kepada semua pihak,khususnya warga SEMEKAR diatas segala yang telah disumbangkan.Tiada kata-kata yang lebih baik selain daripada jutaan terima kasih.
Wednesday, July 23, 2008
Bengkel Pengurusan Fail
Bagi GPM yang ingin mendapat maklumat lanjut boleh berhubung terus dengan JU Daerah.
Pn Rafidah -SMK Seri Keramat,Pn SriAnis-SK Hulu Kelang,Pn Hirawati -SK Bukit Rawang Jaya,Pn Eeliani -SK Rawang,Pn Ruzainor-SMK Lembah Keramat
Tuesday, July 15, 2008
Bengkel Kongfigurasi Rangkaian Daerah Gombak
Kursus ini dikendalikan sepenuhnya oleh En Khairie bin Sharif dan En Noor Leeza Dari BTPN Selangor.
Friday, July 11, 2008
Kursus Asas 35 Jam
Majlis penutup ini juga turut dihadiri oleh En Humaidi Bin Saad,Penolong Pengarah Sektor Kualiti BTP,KPM.Dalam ucapannya beliau juga menekankan bertapa pentingnya kerjasama semua pihak dalam menjayakan misi negara iaitu kearah kecemerlangan pendidikan yang membanggakan.Beliau juga mengucapkan Tahniah kepada semua peserta kursus serta SMK Rawang dan SK Bukit Rahman Putra yang akan mewakili Selangor dalam pertandinagn PSS cemerlang peringkat kebangsaan.
SEMINAR KECEMERLANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) BERSAMA SISIPAN ADAP DAN TUTOR AKHBAR UTUSAN MALAYSIA
GOMBAK – Pusat Kegiatan Guru Daerah Gombak dengan kerjasama Utusan Malaysia berjaya menganjurkan satu Seminar Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Bersama Sisispan ADAP dan Tutor Akhbar Utusan Malaysia.
Seminar yang diadakan di Perpustakaan Awam Daerah Gombak pada 11 Julai 2008 melibat seramai 101 orang guru yang terdiri daripada Guru Perpustakaan dan Media sekolah-sekolah daerah Gombak.
Encik Mohd Azam bin Nasir, selaku Pegawai Teknologi Pendidikan merangkap Ketua Pegawai Teknologi Pendidikan Daerah Gombak telah merasmikan seminar tersebut. Menurut beliau program ini amat berkesan kepada semua sebagai satu sumber yang boleh digunakan dalam meningkatkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ia juga sebagai satu langkah untuk memberi pendedahan tentang fungsi akhbar dalam penyebaran maklumat.
Seminar ini bermula pada jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Antara intipati dalam seminar ini adalah Pengenalan Akhbar Utusan Malaysia, Sisipan Pendidikan serta Majalah Estidotmy, dan Program Satu Kelas Satu Akhbar yang telah disampaikan oleh Encik Muhammad Fahmi bin Asraf Khan.
Seminar ini telah berjalan lancar dengan jayanya dan diakhiri dengan sesi soal jawab serta pandangan-pandangan yang positif dari para peserta. 100 orang peserta terdiri daripada GPM dan guru daerah Gombak menghadiri seminar tersebut.
Wednesday, May 7, 2008
Bengkel Data Nilam Fasa 1 2008
Tujuan utama adalah untuk menyelaras pengumpulan data nilam peringkat PKG Rawang.
GPM juga boleh berkongsi idea dengan GPM yang baru dilantik pada tahun ini.Taklimat pelaksanaan NILAM juga akan disampaikan.
Wednesday, February 13, 2008
SK Rawang Lancar NILAM (PINTAR BACA 2008)
Program ini telah dilacarkan dengan rasminya oleh Encik Azman Bin Larot,Pegawai Teknologi Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan Selangor.Dalam ucapannya beliau menyatakan bahawa menjadi misi BTPN Selangor ingin melihat kejayaan program NILAM diperingkat sekolah terus maju dan mencapai tahap yang boleh dibanggakan.
Tegas beliau,penekanan kepada rekod bacaan pelajar perlu dikemaskini dan kerjasama ibubapa boleh melonjakkan lagi tahap pencapaian NILAM di sekolah.Hadir sama di majlis tersebut En Sakri Said PTP-PKG Rawang,Guru Besar SKR,Penolong-penolong Kanan dan guru-guru.
Ketua Unit PSP-PKG Lancar NILAM SKBRJ
Dalam ucapannya beliau menjelaskan program NILAM adalah merupakan satu program KPM.Keterlibatan semua warga sekolah amat perlu bagi meningkatkan tahap budaya membaca di kalangan pelajar.
Tambah beliau lagi,BTPN-PKG sentiasa memberi sokongan dan kerjasama yang diperlukan oleh pihak sekolah dalam usaha menjayakan program ini.
Friday, February 8, 2008
LAWATAN PEGAWAI BTPN
Lawatan ini bertujuan mengenal pasti aspek yang perlu diperbaiki bagi menghadapi pertandingan PSS Cemerlang peringkat Kebangsaan.
Taklimat telah disampaikan oleh GPM SMK Rawang dan juga Pembantu Perpustakaan SMK Rawang.
Beberapa aspek telah dikenalpasti untuk ditambahbaik.Khidmat bantu peringkat Daerah akan dijalankan tidak lama lagi.
Wednesday, January 9, 2008
Mesyuarat PSS 2008
Saturday, December 8, 2007
CADANGAN PEJABAT BARU PKG RAWANG
BESAR HARAPAN KAMI(PEJABAT BARU)
JEJAK MAKLUMAT ZON UTARA/TIMUR
Program Jejak Maklumat Zon Utara/Timur telah diadakan di BTPN Kedah Darul Aman Bermula pada 4-7 Disember 2007.Ia merupakan Program Jejak Maklumat Mini Kebangsaan Anjuran BTP,KPM.Ianya Dikendalikan oleh Jawatankuasa khas terdiri daripada BTP,KPM dan wakil setiap BTP Negeri.Bagi BTP Selangor ianya telah diwakili oleh Sakri Said PTP2 PKG Rawang.
(PEGAWAI PELAKSANA DAN AKTIVITI PESERTA)
Sunday, November 25, 2007
SMK RAWANG JOHAN PSS NEGERI

SEKALUNG PENGHARGAAN DAN SETINGGI-TINGI TAHNIAH KEPADA SELURUH WARGA SEMEKAR KHUSUSNYA PUAN MERDIYANAH(GPM) DAN PUAN NIK HASMAH(PENGETUA)SERTA SEMUA YANG TERLIBAT.
SESUNGGUHNYA ILTIZAM YANG KUAT DAN SEMANGAT KERJASAMA YANG PADU APABILA DIGABUNGKAN,MAKA KEJAYAAN SUDAH PASTI DALAM GENGAMAN.BAGI PIHAK PENGURUSAN PKG RAWANGAG AMNYA DAN PSPN SELANGOR KHUSUSNYA KAMI MENGUCAPKAN SETINGGI TINGI TAHNIAH DIATAS KEJAYAAN MERANGKUL PIALA PERTANDINGAN PSS CEMERLANG KATOGERI SM LUAR BANDAR BAGI TAHUN 2007-2008.SETERUSNYA BAKAL MEWAKILI NEGERI SELANGOR KE PERINGKAT KEBANGSAAN.
TAHNIAH..............
Monday, October 29, 2007
KURSUS MISI Q
Wednesday, September 19, 2007
Penghakiman PKG Selangor
Sunday, September 16, 2007
Program Jejak Maklumat Negeri Selangor
PKG Rawang Diwakili oleh peserta dari SK Rawang seramai 4 orang dan dibantu oleh Puan Eliani GPM SK Rawang.SBPI Gombak telah berjaya menjadi Johan Katoger Sekolah Menengah.
Tuesday, September 11, 2007
Penghakiman Makmal Dan Pusat Akses
Sekolah-sekolah yang telah mendapat pencalonan dari JPN/PPD/PKG ialah…
CALON ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN PUSAT AKSES SEKOLAH
KATEGORI SEKOLAH MENENGAH
BIL NAMA SEKOLAH
1 SMK BUKIT SENTOSA
2 SMK LEMBAH KERAMAT
3 SMK BANDAR BARU SUNGAI BULOH
4 SMK PERIMBUN
5 SMK ABDUL JALIL
6 SMK TAMAN KLANG
7 SMK MERU
8 SMK TELOK P GARANG
9 SMK RAJA MUDA MUSA
10 SMK TTDI JAYA
11 SMK SUNGAI BESAR
12 SEKOLAH SERI PUTERI
13 SMK BANDAR BARU SALAK TINGGI
14 SMK(P) SRI AMAN
KATEGORI SEKOLAH RENDAH
1 SK HULU BERNAM
2 SRJK© SELAYANG BARU
3 SK BUKIT RAHMAN PUTRA
4 SK. KAJANG UTAMA
5 SK SERI SEKAMAT
6 SK TAMAN KLANG JAYA
7 SK RANTAU PANJANG
8 SK SRI LANGAT (INTEG)
9 SK BANDAR BARU KUALA SELANGOR
10 SK SEAFIELD 3
11 SK BAGAN TERAP
12 SMK BANDAR BARU SALAK TINGGI
13 SK TAMAN PANTAI SEPANG PUTRA
14 SK SRI KELANA
CALON ANUGERAH KECEMERLANGAN PENGURUSAN MAKMAL KOMPUTER SEKOLAH
KATEGORI SEKOLAH MENENGAH
BIL NAMA SEKOLAH
1 SMK AMPANG PECAH
2 SMK LEMBAH KERAMAT
3 SMK RAWANG
4 SMK PERIMBUN
5 SMK TAMAN KOSAS
6 SMKTAMAN KLANG UTAMA
7 SMK TENGKU AMPUAN JEMAAH
8 SMK SG. MANGGIS
9 SMK JERAM
10 SM TEKNIK SHAH ALAM
11 SMK BAGAN TERAP
12 SEKOLAH SERI PUTERI
13 SMK DENGKIL
14 SMK TAMAN DATO’ HARUN
KATEGORI SEKOLAH RENDAH
BIL NAMA SEKOLAH
1 SK SRI FAJAR
2 SK GOMBAK UTARA
3 SK BANDAR BARU SUNGAI BULOH
4 SK TAMAN RAKAN
5 SK JALAN 6 BANDAR BARU BANGI
6 SK (1) JALAN BATU TIGA
7 SK BUKIT KAPAR
8 SK MORIB
9 SK DATO’ MANAN (INTEG)
10 SK SEAFIELD 3
11 SK PARIT BAHARU
12 SK SG.RAWANG
13 SK SEKSYEN 7 SG.BULOH
Friday, August 17, 2007
PENGHAKIMAN PSS CEMERLANG KATOGERI SM LUAR BANDAR
16.8.2007 SMK Rawang telah didatangi oleh oleh dua orang hakim iaitu Encik Sujang dan Encik Zainuddin bagi menilai tahap pencapaian PSS SMK Rawang.Kedua-dua hakim tersebut telah menjalankan tugasnya seharian dengan diiringi oleh PTP PKG Rawang Encik Sakri Said.
Tuesday, August 7, 2007
KHIDMAT BANTU PSS
Projek Khas ini telah mula digerakkan dan sedang berjalan sehingga bulan Oktober 2007.
Sehingga hari ini PKG Rawang Dan GPM Rawang telah berjaya memberi Khidmat Bantu kepada 6 buah sekolah yang terpilih iaitu SMK SELAYANG BARU,SMK RAWANG,SJKC CHAP KHUAN,SK BANDAR BARU SELAYANG,SK TAMAN DESA,SK 1 SELAYANG BARU.
Setakat ini Projek ini berjalan tanpa sebarang masalah dan hasilnya adalah amat memuaskan semua pihak.Kerjasama erat antara GPM,Pentadbir dan PKGR akan berterusan demi meningkatkan tahap kecemerlangan Pusat Sumber Sekolah khususnya sekolah setempat PKG Rawang.
Adalah Diharapkan menjelang Bulan Jun 2008 semua 28 buah sekolah setempat PKGR akan diberi Khidmat bantu.
Terima Kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Projek Khas ini.
Tuesday, June 19, 2007
KHIDMAT BANTU BTPN SELANGOR 21.JUN 2007
Wednesday, June 6, 2007
MAKLUMAN
GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA PKG RAWANG
PENGUMPULAN DATA NILAM
DIHARAP SEMUA GPM TELAH MENYIAPKAN ANALISA FASA 1 DATA SEHINGGA 31.5.2007.
JIKA SUDAH SIAP BOLEHLAH DIHANTAR KE PKG RAWANG
TERIMA KASIH.
PENTADBIRAN
PENTADBIRAN
Unit khidmat Bantu Penggunaan Peralatan ICT
1. Memantau dan memberi khidmat bantu pelaksanaan dasar pembestarian sekolah.
2. Memantau penyelenggaraan infrastruktur ICT, rangkaian dan aplikasi sistem di sekolah .
3. Memantauan program pengintegrasian aplikasi pendidikan dengan aplikasi lain yang digunakan oleh sekolah.
4. Melaporkan maklum balas dan aduan pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan BTP dan BTPN.
5. Memberi khidmat bantu penggunaan bahan pelbagai media.
6. Memantau dan khidmat bantu projek inovasi BTPN, PTPB dan PKG di sekolah.
7. Memantau dan memberi khidmat bantu projek inovasi berteraskan Teknopen di sekolah.
Unit Khidmat Bantu Pengisian Teknologi Pendidikan dan Media
1. Menjadi pusat rujukan penggunaan teknologi pendidikan dan media.
2. Menguruskan pangkalan data teknologi pendidikan dan pangkalan data sumber pengajaran dan pembelajaran di Pusat Sumber PKG.
3. Memberi khidmat penggunaan dan pinjaman kepada pengguna Pusat Sumber PKG.
4. Memberi bimbingan dan nasihat kepada guru dalam hal yang berkaitan dengan penggunaan dan pengurusan pusat sumber sekolah.
5. Memantau, menyelaras dan menambahbaik program literasi maklumat, galakan membaca dan program pembangunan Pusat Sumber Sekolah.
6. Merancang dan mengurus pembangunan Pusat Sumber PKG dari segi kemudahan fizikal dan koleksi bahan serta perkhidmatan yang disediakan.
7. Menyelaras dan memantau pertambahan koleksi perolehan dan pengedaran Bahan Bacaan Tambahan dan BBM di peringkat Pusat Sumber Sekolah.
8. Memantau dan melapor pelaksanaan dasar penggunaan teknologi pendidikan dan media di sekolah.
Unit Pentadbiran dan Kewangan
1. Menguruskan hal-ehwal pentadbiran am pejabat.
2. Mengurus dan melapor hal-hal perjawatan dan perkhidmatan staf PKG.
3. Merancang, mengurus, dan melapor hal-hal pengurusan kewangan PKG.
4. Menyelaras penggunaan premis dan kemudahan PKG.
5. Menguruskan pembangunan keceriaan dan keselamatan premis.
FUNGSI PKG
FUNGSI 1 : Memantau sekolah dan memberi khidmat bantu tentang penggunaan teknologi pendidikan dan media.
1.1 Pemantauan
a) Memantau dan menambah baik PSS, program galakan membaca dan literasi maklumat
b) Memantau penggunaan dan keberkesanan bahan pelbagai media pengajaran dan pembelajaran
c) Memantau pelaksanaan aktiviti pembestarian sekolah di sekolah bestari (WSMS)
d) Memantau pemasangan pusat akses
e) Memantau pelaksanaan aktiviti TV Pendidikan
f) Memantau pelaksanaan Schoolnet
g) Memantau makmal komputer sekolah
h) Memantau aktiviti PPSMI
1.2 Memberi khidmat bantu penggunaan tentang penggunaan teknologi pendidikan dan media
ORGANISASI
MISI
Membina, mempertingkat dan mengekalkan amalan penggunaan teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara kreatif dan inovatif.
VISI
Ke arah pembudayaan penggunaan media dan teknologi pendidikan di setiap sekolah.
PIAGAM PELANGGAN
Kami warga Bahagian Teknologi Pendidikan dengan penuh tekad dan iltizam, berjanji menyempurnakan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada kami untuk:
Menghasilkan bahan pendidikan dalam pelbagai media yang bermutu tinggi secara berterusan bagi meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Menyebarkan maklumat pendidikan yang terkini melalui siaran pendidikan mengikut jadual yang ditetapkan.
Memperkasakan sekolah bestari dengan memberi bimbingan, bantuan dan penyelesaian masalah sepanjang masa.
Tuesday, June 5, 2007
PUSAT SUMBER SEKOLAH
PUSAT SUMBER SEKOLAH
Pusat sumber sekolah adalah satu entiti penting di sekolah yang menjadi tempat untuk pelajar dan guru-guru mendapatkan sumber bahan bacaan dan bahan-bahan rujukan lain.
Setiap tahun Kementerian menyediakan peruntukan kepada sekolah untuk menambah koleksi buku dari masa ke semasa dengan harapan rasio buku ke atas pelajar menjadi sekurangnya 1 pelajar 20 buah buku supaya pelajar mempunyai cukup pilihan untuk mendapatkan bahan bacaan yang berkuaiti dan bermanfaat.
Namun untuk mengurus sebuah pusat sumber bukan mudah seperti disangka. Komitmen tinggi pihak sekolah amat diperlukan supaya PSS dapat diurus dengan baik, sistematik dan berkesan.
NILAM
NILAM
"Budaya Ilmu Amalan Membaca" adalah akronim bagi program Nilam. Prorgam ini bertitik tolak dari hasrat kementerian untuk memupuk dan menyuburkan budaya membaca di kalangan masyarakat
Seperti kata pepatah " melentur buluh biarlah dari rebungnya" maka kementerian telah melaksanakan program Nilam di peringkat sekolah rendah diikuti menengah dengan tujuan supaya budaya membaca dipupuk sejak kecil lagi.
Cadangan program sokongan Nilam:
1.Pelajar perlu diwajibkan meminjam sebuah buku seminggu dari perpustakaan
2. Mengadakan kem Nilam sepanjang hari semasa aktiviti ko-kurikulum dengan pengisian seperti bercerita, mendeklamasi sajak, melukis illustrasi buku dan sebaginya.
3. Memanfaat masa perhimpunan dengan menjemput seorang wakil pelajar membacakan sinopsis buku
4. Mengadakan anugerah tokoh membaca bulanan
5. Sekolah mengadakan sudut bacaan. Ruang bawah tangga boleh dimanfaat untuk membuat sudut bacaan.
6. Mengadakan pondok bacaan
KPPM dan Pengarah BTP bersama Pemenang Anugerah Nilam Kebangsaan 2007
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS
Idea PPSMI ini telah dilontarkan oleh mantan Perdana Menteri
Peringkat awal didapati banyak rungutan dari pelbgai pihak. Bagi guru-guru yang telah biasa mengajar dalam Bahasa Melayu beranggapan PPSMI akan membebankan mereka kerana rata-rata mereka tidak mempunyai kemahiran untuk mengajar matapelajaran tersebut dalam Bahasa Inggeris.
Dari sudut ibubapa terdapat pro dan kontra. Bagi ibubapa yang mementingkan nilai ilmu, PPSMI dilihat secara positif kerana ianya akan membantu penguasaan Bahasa Inggeris anak-anak mereka. Namun bagi pelaar sekolah di luar bandar dimana kemudahan pendidikan amat kurang, pastinya bimbang kerana mereka mengangggap anak-anak mereka akan ketinggalan berabanding pelajar di bandar.
Apapun kementerian telah menilai isu ini. Idea mantan PM dilaksanakan juga setelah melihat kemampuannya menyediakan generasi pelapis yang berilmu pengetahuan terutama dalam bidang sains dan teknologi dan seterusnya membangunkan
Bagi menangani masalah guru, KPM telah menyediakan kursus-kursus khas. Guru-guru juga dibekalkan dengan notebook untuk memudahkan mereka merancang P&P.
KPM juga telah membekalkan perisian PPSMI untuk diguna oleh guru-guru. Namun perisian yang dibekalkan tidak berguna jika guru tidak menguasai pedagogi mengintegrasikan perisian ICT dalam P&P. Sebagai guru adalah menjadi tanggungjawab sentiasa berusaha untuk mempelajari teknik dan perkaedahan yang sesuai. Mencari alternatif dan sentiasa kreatif dalam teknik P&P berkesan perlu dilakukan secara berterusan supaya program PPSMI ini berjalan lancar.
WEB TV
Web TV
Rancangan terbitan BTP terap elemen pembelajaran, pengajaran
TV Web yang menggantikan TV Pendidikan akan berwajah baru dengan menampilkan kandungan menarik dan berbeza berbanding program sedia ada, malah disuntik beberapa elemen yang menumpu kepada proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) seperti disediakan Kementerian Pelajaran.
Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelajaran, Datuk Yusoff Harun, berkata selain pengisian berasaskan kurikulum, TV Web akan diselitkan komponen seperti hal ehwal semasa, wawancara, video dan siaran langsung yang memaparkan maklumat terkini serta padat.
Katanya, BTP bertanggungjawab dalam penyediaan rancangan kurikulum dalam TV Web dan memberi penekanan terhadap kualiti bahannya.
“Semua rancangan dihasilkan BTP mengikuti prosedur yang disahkan SIRIM QAS International sebagai telah mencapai tahap kualiti antarabangsa MS ISO 9001:2000.
“Tumpuan turut diberikan kepada usaha memperluaskan skop TV Web dengan meletakkan fokus terhadap usaha membimbing guru mengaplikasikan rancangan itu dalam proses P&P,” katanya kepada Berita Harian, baru-baru ini.
Yusoff berkata, pihaknya berharap guru memanfaatkan program TV Web dengan sebaik mungkin. Ini bagi membantu mereka menggunakan kaedah berkesan ke arah mewujudkan iklim pembelajaran lebih bermakna dan berkesan.
“Usaha itu akan dijalankan dengan kerjasama Pusat Sumber Pendidikan Negeri, Pusat Kegiatan Guru serta pakar teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) yang terbabit secara langsung dalam pembangunan TV Web,” katanya.
Yusoff berkata, pembangunan TV Web dijangka selesai tidak lama lagi dan ia akan dilaksanakan berperingkat tahun ini berdasarkan perancangan peningkatan perkakasan dan jalur lebar SchoolNet.
Ketika ini katanya, siaran TV Pendidikan terbatas dari jam 9.00 hingga 11.30 pagi yang disiarkan menerusi saluran TV9 dan saluran 22 di Astro.
“Kebanyakan guru dan murid termasuk di Sabah dan
“Kekangan itu mengganggu jadual guru yang sepatutnya dijadikan panduan dalam proses P&P di sekolah, katanya.
Yusoff berkata, penyaluran rancangan TV Pendidikan menerusi TV Web membolehkan BTP memantau serta menilai setiap rancangan, sekali gus mempertingkat mutu dan memperkembangkan skopnya serta tidak terikat dengan rancangan sedia ada.
Katanya, pembangunan TV Web dibuat selaras perkembangan ICT di negara ini dan disifatkan sesuai bagi merevolusikan TV Pendidikan supaya dapat diakses murid dan guru seluruh negara.
SMS SEKOLAH
SMS Sekolah
1.Apa itu SMS Sekolah?
SMS Sekolah merupakan perkhidmatan interaktif terkini yang membolehkan ibu bapa dan pihak sekolah mendapatkan maklumat berkaitan murid dan persekolahan mereka melalui teknologi SMS.
2. Bagaimanakah caranya untuk melanggan perkhidmatan ini? Anda boleh mendapatkan borang langganan di sekolah-sekolah yang mendaftar dengan perkhidmatan ini.
3. Apakah faedah yang diperolehi dengan melanggan perkhidmatan SMS Sekolah ini? Banyak, anda memperoleh pelbagai info berkaitan persekolahan seperti kehadiran murid, jadual persekolahan, kesalahan disiplin, jadual peperiksaan, keputusan peperiksaan, aktiviti persekolahan, aktiviti PIBG dan latihan kerja rumah.
4. Siapakah yang boleh menggunakan perkhidmatan SMS Sekolah ini? Perkhidmatan ini boleh digunakan oleh ibu bapa atau penjaga yang mendaftar, dan menggunakan talian pra-bayar atau pasca-bayar Maxis, Celcom atau Digi.
5. Berapakah bayaran yang dikenakan untuk melanggan perkhidmatan ini? Bagi ibu bapa yang melanggan, yuran langganan sebanyak RM3 sebulan.
6. Bagaimana pembayaran langganan dilakukan? Kadar tambah nilai akan dipotong secara automatik dalam tempoh 7 hari setiap akhir bulan bagi tujuan bayaran langganan untuk bulan berikutnya.
7. Sekiranya saya baru mendaftar, bagaimana saya akan mengetahui langganan saya telah diaktifkan? Anda akan menerima SMS daripada 32020 untuk memberitahu tentang pengaktifan langganan anda.
8. Saya melanggan SMS Sekolah dan merupakan pengguna pra-bayar. Jika pada akhir bulan tersebut saya tidak berhasrat untuk menambah nilai, adakah saya masih mendapat SMS lagi pada bulan berikutnya? Kadar tambah nilai akan dipotong dalam tempoh 7 hari setiap akhir bulan bagi pembayaran bulan seterusnya. Jika sekiranya kami gagal untuk mencaj anda dalam tempoh tersebut, anda tidak akan menerima sebarang SMS pada bulan berikutnya. Akan tetapi, anda boleh membuat permintaan dengan menaip : SEK
9. Saya tidak melanggan perkhidmatan SMS Sekolah. Apa yang perlu saya lakukan jika saya berhasrat untuk mengetahui maklumat persekolahan anak saya? Bagi yang tidak melanggan, anda perlu menaip : SEK
10. Berapa kekerapan ibu bapa menerima SMS dari pihak sekolah dalam masa sebulan? Selagi ada maklumat yang ingin disampaikan oleh pihak sekolah, selagi itulah anda akan menerimanya.
11. Andaikata ibu bapa yang melanggan ingin menukar nombor telefon bimbit mereka. Bagaimana caranya? Hubungi pihak sekolah untuk membuat sebarang penukaran maklumat.
12. Bolehkah portal SMS Sekolah diakses oleh pihak ketiga selain pihak sekolah atau pentadbir? Tidak. Portal SMS Sekolah hanya dapat diakses oleh guru-guru atau pentadbir yang dilantik sahaja.
13. Bagaimana jika ibu bapa ingin membalas SMS yang diterima atau menghantar SMS kepada pihak sekolah? Anda perlu taip ADU
14. Adakah maklumat peribadi boleh diyakini keselamatannya agar tidak diketahui oleh pihak lain selain pihak sekolah dan pentadbir?
Ya, boleh diyakini kerana data yang diberikan adalah sulit.
15.Ibu bapa ingin menamatkan perkhidmatan. Bagaimana caranya? Anda cuma taip : STOP dan hantar ke 32020. Tiada sebarang pulangan tambah nilai.








